Monday, February 20, 2012

Tai Chi:- Satu Project NFC ( Formly known as Project lembu punya susu ; sapi dapat nama

Ini cerita bukalah berkenaan isu semasa berkenaan rasuah, tipu dan memperdaya. Lebih kepada skop bila culas menjalankan tanggung jawab dan kaedah-kaedah bila kerja pun terlalu banyak...

Didalam arena pengurusan; istilah orang kulit putih ( mungkin spesis albino bagi warga Afrika dan Asia Selatan) ia dipanggil " deligation" atau "empowerment" yang disempit ruangkan untuk kepentingan sendiri.

Untuk menceritakan hal-hal tersebut.. kita akan berbicara dengan kaedah : " Projek" dan "Kajian Kes". Lepas tu tanpa merujuk mana-mana buku undang-undang sekalipun perkara tersebut telahpun menjadi budaya dan dibudayakan oleh kebanyakkan masyarakat kita,

Subjek kajian kita adalah manusia yang berkerja digelar golongan pelaksana ( dahulu dikenali sebagai Kumpulan sokongan) serta golongan pertengahan (sekarang dikenali sebagai (jawatan yang dijumudkan). Kita akan bersambung bila idea penulisan ini akan datang... tunggu....

Monday, February 13, 2012

Bengang dan Tegang

Bila sebut kedua-duanya. ia sebenarnya membawa makna perubahan . didalam skop certita pendek aku nie pula bagaimana nak melaksanakan perubahan yang ditentukan oleh orang lain
maklum sahajalah, golongan gred pertengahan nie seringkali di rendahmartabatkan samada oleh pentadbir mereka mahupun orang yang mereka tadbir itu sendiri

Sebagai penjawat awam, Isu-isu proaktif mahupun reaktif sebenarya sukar wujud; kadangkala tidak wujud langsung pun ada. Malahan halangan-halangan tertentu senantiasa ada selagimana penjawat awam itu mengikat akujanji setia . Oleh demikian mari kita menilai suasana "perubahan" yang ingin dilaksanakan oleh golongan pelaksana yang dahulunya digelar " Saya Yang Menurut Perintah"....

Masalah pertama ialah isu-isu kerja hakiki.
Institusi pendidikan kerja hakikinya berhubungkait pengajaran dan pembelajaran. oleh demikian, apa -apa aktiviti harus melihat dan berobjektifkan perkara tersebut. Natijahnya juga adalah hasil pengajaran oleh golongan akademik dan pembelajaran oleh golongan sasar mereka, tetapi hari ini mereka bagai melupakan kewajaran arahan-arahan tersebut. Segalanya diarahkan supaya dibuat, hatta menebas semak samun, menjarah hutan mahupun menjalankan perkhidmatan bukan PnP tersebut. tetapi bila masa penilaian prestasi, dengan biadap dan kurang ajarnya mereka menutur.. " Berapa Kelas dan aktivit PnP di buat semester lepas".

Transformasinya. Golongan Akademik yang berstatus elit di pusat pengajian tinggi tidaklah dipandang mulia dan bagus pun dialam pekerjaan, Malahan ada sindiran-sindiran elit industri mengatakan membazirnya kamu belajar, nilainya sama taraf PMR mahupun SPM yang telah kami ambil terdahulu, natijahnya.. Layakkah kamu mendapat gaji status ijazah muda sedangkan nilaia kamu dimusnahkan oleh pendidikan kamu terdahulu. Secara tidak sedar, anak didik tersebut menaruh dendam dan kecewa atas sikap-sikap kita sendiri.

Reformasinya.
Seluruh unit-unit didalam organisasi tersebut harus menilai kembali kesesuaian objektif dan arahan yang hendak dilaksanakan. Sebagai contoh , ISO 9001 harus bermula dari peringkat jabatan utama organisasi seperti unit kewangan dan sumber manusia bukannya unit penjanaaan dan pelaksanaan matlamat seperti PnP. Ini kerana asas pengurusan bermual dari situ lagi.

untuk contoh lain mari kita merenung kembali buat apa" buat apa kau disini"....
Aku ditugaskan sebagai instruktur dan guru teknikal sepertimana namaya pun pegawai latihan. Tetiba. MAD, tolong bayarkan bil elektrik rumah aku. Pakai duit ekau dulu. Lepas tu "Your core job is follow everyting from my kepala hotak"

Setelah beberapa tahun bekerja:- Dia pun Berkata; Aku rasakan ekau x layak jadi pegawai latihan coz bla-bla -bla... Sedangkan jenuh peluh air liur dan kudrat buat kerja tersebut.. Siap beberapa anak didik pun berijazah dan berkerja pulak...

Thursday, February 9, 2012

Quote Dari iluvislam .com
Adab Memberi Nasihat
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : Ain Farhana
Editor: Isyrak




Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”

Hadis riwayat al-lmam Muslim.
.................................................................................

Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40 yang telah disusun oleh Imam Nawawi ini, jelas telah digambarkan oleh Rasulullah SAW tentang perihal pentingnya nasihat menasihati di dalam perkara kebaikan. Nasihat juga digambarkan besarnya seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa Islam ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita.

Pengertian nasihat

Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.

Adab-adab memberi nasihat

1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.

2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.

3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.

4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.

5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.

Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita sudah melaksanakan amanah ini? Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.

Wednesday, February 8, 2012

Buat Kali Kedua

Atas rancangan dan keperluan semasa. Rasanya tidak adil untuk terus meleyapkan diri dari lalam bog ini walaupun sekadar cuba-cuba. Tetapi kali ini, keterbatasan akan terus diingkari mahupun ditempuh walaupun agak sibuk dan malas mengetik papan kekunci bagi menukilkan sesuatu yang indah mahupun pahit

Rasanya, didalam kesibukkanlah, Pelbagai idea serta rasangan isu-isu semasa mengamit keperluan bertukar dari bersifat orthodok kepada elemen-elemen yang baru. Ini bagi menguatkan terjahan-terjahan minda dan fikrah samada menyingung hal-hal ekonomi, akademik dan sosiopolitik Malaysia hari ini.
Walaupun begitu, singgungan-singungan isu semasa tersebut masih dibatas warga malaysia yang kena patuh dengan macam-macam akta dan enakmen sang penguasa dimana bumi yang dipijak serta langit yang dijunjung