Bila sebut kedua-duanya. ia sebenarnya membawa makna perubahan . didalam skop certita pendek aku nie pula bagaimana nak melaksanakan perubahan yang ditentukan oleh orang lain
maklum sahajalah, golongan gred pertengahan nie seringkali di rendahmartabatkan samada oleh pentadbir mereka mahupun orang yang mereka tadbir itu sendiri
Sebagai penjawat awam, Isu-isu proaktif mahupun reaktif sebenarya sukar wujud; kadangkala tidak wujud langsung pun ada. Malahan halangan-halangan tertentu senantiasa ada selagimana penjawat awam itu mengikat akujanji setia . Oleh demikian mari kita menilai suasana "perubahan" yang ingin dilaksanakan oleh golongan pelaksana yang dahulunya digelar " Saya Yang Menurut Perintah"....
Masalah pertama ialah isu-isu kerja hakiki.
Institusi pendidikan kerja hakikinya berhubungkait pengajaran dan pembelajaran. oleh demikian, apa -apa aktiviti harus melihat dan berobjektifkan perkara tersebut. Natijahnya juga adalah hasil pengajaran oleh golongan akademik dan pembelajaran oleh golongan sasar mereka, tetapi hari ini mereka bagai melupakan kewajaran arahan-arahan tersebut. Segalanya diarahkan supaya dibuat, hatta menebas semak samun, menjarah hutan mahupun menjalankan perkhidmatan bukan PnP tersebut. tetapi bila masa penilaian prestasi, dengan biadap dan kurang ajarnya mereka menutur.. " Berapa Kelas dan aktivit PnP di buat semester lepas".
Transformasinya. Golongan Akademik yang berstatus elit di pusat pengajian tinggi tidaklah dipandang mulia dan bagus pun dialam pekerjaan, Malahan ada sindiran-sindiran elit industri mengatakan membazirnya kamu belajar, nilainya sama taraf PMR mahupun SPM yang telah kami ambil terdahulu, natijahnya.. Layakkah kamu mendapat gaji status ijazah muda sedangkan nilaia kamu dimusnahkan oleh pendidikan kamu terdahulu. Secara tidak sedar, anak didik tersebut menaruh dendam dan kecewa atas sikap-sikap kita sendiri.
Reformasinya.
Seluruh unit-unit didalam organisasi tersebut harus menilai kembali kesesuaian objektif dan arahan yang hendak dilaksanakan. Sebagai contoh , ISO 9001 harus bermula dari peringkat jabatan utama organisasi seperti unit kewangan dan sumber manusia bukannya unit penjanaaan dan pelaksanaan matlamat seperti PnP. Ini kerana asas pengurusan bermual dari situ lagi.
untuk contoh lain mari kita merenung kembali buat apa" buat apa kau disini"....
Aku ditugaskan sebagai instruktur dan guru teknikal sepertimana namaya pun pegawai latihan. Tetiba. MAD, tolong bayarkan bil elektrik rumah aku. Pakai duit ekau dulu. Lepas tu "Your core job is follow everyting from my kepala hotak"
Setelah beberapa tahun bekerja:- Dia pun Berkata; Aku rasakan ekau x layak jadi pegawai latihan coz bla-bla -bla... Sedangkan jenuh peluh air liur dan kudrat buat kerja tersebut.. Siap beberapa anak didik pun berijazah dan berkerja pulak...
No comments:
Post a Comment